Di akhir zaman ini, senangkah mencari remaja Islam yang sanggup meninggalkan segala-galanya sebaik-baik sahaja terdengar laungan azan? Bertuah benar ibubapa yang berjaya mendidik anak yang hatinya di masjid. Di zaman yang serba mencabar ini, hendak berjumpa dengan seorang lagi Muhammad al Fateh adalah seumpama kepayahan mencari sebatang jarum di dalam segudang jerami. Suasana dan persekitaran anak-anak kita membesar amat jauh bezanya dengan zaman as saabiqoon al awwaloon. Kita sebagai ibubapa pun masing-masing masih bergelut dengan segala kelemahan diri dan hanya mampu memperakukan bahawa kemampuan kita bercakap mengenai Islam lebih laju daripada kemampuan kita mempamerkan serta merealisasikan segala keindahan Islam ciptaan Allah SWT. Mungkin ini adalah kerana kita sendiri adalah produk daripada pembesaran yang persekitaran jahiliyahnya teramat pekat sampai kita terasa benar betapa 'dagang'nya Islam itu hatta kepada umat yang mengaku agamanya Islam! Seorang penulis terkenal di Malaysia telah menulis tidak lama dahulu ramalannya bahawa kemenangan hanya akan berpihak kepada Islam bila mana saf umat Islam yang solat subuh di masjid adalah seramai saf umat Islam yang keluar berjemaah untuk solat Jumaat! |
Rabu, 3 Oktober 2007
Solat
Ahad, 30 September 2007
Hati-hati Meninggalkan Anak Dengan Pembantu Rumah
Ramai ibu yang bekerja dan terpaksa meninggalkan anak-anak di bawah jagaan pembantu rumah atau pusat jagaan anak-anak. Seram bila melihat rakaman klip video ini. Kesian budak kecil yang tidak berdaya ini.... Hanya tangisan sajalah bahasa yang dia tahu. Apa dosa dia maka dia diperlakukan sebegini rupa. Bimbang apa kesan kepada fizikalnya, perkembangan mentalnya dan perkembangan emosinya. Si pendera kanak-kanak ini, kalau seorang pembantu rumah, seelok-eloknya berhenti kerja sajalah dan carilah kerja lain. Kalau pendera kanak-kanak ini adalah merupakan ibu kanak-kanak ini sendiri.... ini bermakna siibu perlukan bantuan orang lain di sekelilingnya. Beliau sudah hilang kelayakan untuk menjaga anak yang tidak berdosa ini. Sehinggalah si ibu ini stabil semula dari segi emosi, kewangan dan seumpamanya, selagilah itulah masyarakat keliling kena berbuat sesuatu untuk menjaga kemaslahatan anak ini. Siapa perempuan dalam klip video ini saya sendiri pun tak tahu. Klip video ini dikirim oleh anak saudara saya melalui emel. Hati saya dapat merintih sahajalah. Moga ada jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi anak kecil ini. |
Kenikmatan Di Syurga
Rabu, 26 September 2007
Kau Yang Teristimewa....



Nurin Jazlin Jazimin telah selamat disemadikan. Seluruh rakyat Malaysia mendoakan semoga pendera dan pembunuhnya dapat ditangkap sesegera mungkin.
Sabtu, 22 September 2007
Husnul Khaatimah
Sejak dari aku kecil, ayahku selalu berpesan-pesan tentang saat akhir umur hidup di dunia ini. Kata ayah, penting sangat supaya sewaktu saat akhir berakhirnya umur kita ini, kita perlu mati dalam sebaik-baik kematian dan sebaik-baik keadaan iaitu dalam keadaan beriman kepada Allah Azza Wa Jalla.
Setahu ku, sepanjang hidup kita di dunia ini, yang Allah kira adalah keadaan kita sewaktu akhir umur kita. Sepanjang hidupku yang sehari dua ini, banyak kisah yang aku baca mengenai remaja yang mati ketika sedang merempit; remaja yang mati kemalangan ketika sedang dalam perjalanan untuk menyaksikan konsert rock; manusia yang mati ketika sedang berzina dan takdirnya berlaku gempa bumi yang menyebabkan bangunan menghempap mangsa (yang menyebabkan badan si penzina ditemui mati dalam keadaan masih 'melekat') dan sebagainya.... na'uzubillahi min zaalik.
Kita hanya dapat berusaha untuk menjalani hidup sebaik mungkin mengikut tuntutan dan saranan Allah dan sentiasa berdoa semoga dapat meng'khatamkan' hidup kita di dalam keadaan husnul khaatimah, insya Allah.
Semoga klip video ini dijadikan iktibar dan peringatan untuk kita semua, insya Allah.
Selasa, 18 September 2007
Kerusi... Kakinya Empat
Aku tak tahu lah dengan orang lain, tapi rasanya masalah ini masalah global agaknya.... Anak-anakku di rumah, jika menonton tv, suka duduk di atas kerusi yang disandarkan ke dinding, menjadikan kerusi tersebut bertopangkan dua kaki sahaja, walaupun mereka tahu aku benar-benar tidak suka kerana bimbangkan keselamatan mereka.
Tiap kali mereka terlupa, aku akan berkata: "Kerusi ... kakinya empat!", dan mereka akan tersenyum sebelum cepat-cepat membetulkan kedudukan kerusi kerana bimbang 'taufan Taaherah' melanda... heh heh heh hehehe... Fitrah budak agaknya, perlu diingatkan berkali-kali sebelum betul-betul melekat di kepala.
Haaa.... Lepas ini, aku cuma perlu tayangkan klip video ini kepada anak-anakku supaya mereka belajar tentang "the worst thing that can happen" kalau kerusi kakinya dua macam dalam klip video ini.
Ahad, 16 September 2007
Berhati-hati Bila Ghairah Berucap
Orang berkata, kalau kita belajar dari kesilapan sendiri, kita pandai, Insya Allah, tetapi kalau kita belajar dari kesilapan orang lain, kita lebih cerdik, insya Allah.
Bukan berniat hendak memalukan sesiapa bila memasukkan klip video ini dalam blog saya, cuma mahukan ianya dijadikan iktibar terutamanya kepada mereka yang perlu membuat pengucapan awam supaya lebih berhati-hati.
Rabu, 12 September 2007
Jalur Gemilang Dari Kuih Muffin

Mereka (pelajar-pelajar UiTM Terengganu) telah menggunakan sebanyak 7,000 biji telur.... Agaknya habis semua telur di Dungun ini mereka yang borong! Sebanyak 500kg tepung, 400kg gula serta 360kg butter telah digunakan untuk menyiapkan muffin ini.
Meriah sungguh semalam. Aku beli muffins sampai RM8.... untuk bagi jiran-jiran ku merasa muffins bikinan pelajar-pelajarku ini. Hasil jualan muffins ini telah dimasukkan ke dalam apa yang pelajar-pelajar ini gelar Tabung Dapur Untuk Darfur.
Kepada kenalan dan sahabat handaiku yang di luar Dungun, tengok dan teguk air liur ajelah! Mmmmmm.... sedapnya sehingga menjilat jari.
Ramadhan Kembali Lagi!
Selasa, 11 September 2007
Pesanan Ayah
Ahad, 9 September 2007
Cerpen Azizi Haji Abdullah
Rabu, 5 September 2007
Armando Valladares
Cakar Harimau... Urutan Labah-labah
Aku teringat kepada ceramah ustazah Nor Bahiyah Mahmood suatu waktu dahulu yang heboh diperkatakan orang ramai bila melihat klip video ini.
Ustazah itu bercakap tentang teknik cakar harimau dan urutan labah-labah untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Kalau isteri memicit atau mengurut suami tanpa disuruh.... beliau akan dapat sekian sekian tola emas di akhirat nanti.... Kalau isteri picit atau urut selepas disuruh suami.... 'jatuh'lah sedikit tarafnya iaitu sekian sekian tola perak ganjarannya....
Heh heh heh heheheehe... Cuba lihat klip video ini. Binatang pun suka diurut-urut dan diusap-usap. Inikan pula manusia. Kalau para suami hendak tahu, cuba suatu hari balik kerja, tanpa disuruh dan tanpa diminta, cuba 'kejutkan' isteri yang telah seharian keletihan bekerja di pejabat, balik rumah berhempas pulas membasuh pinggan, membasuh baju, mengemas rumah, menyediakan makan minum..... dengan teknik cakar harimau dan urutan labah-labah yang dilakukan dengan penuh kasih sayang dan seikhlas mungkin!
Orang perempuan ini fitrahnya, kalau si suami layannya dengan baik lagi mesra....insya Allah dia akan balas 10 kali layanan lebih baik lagi kepada suaminya!! Tak percaya... cubalah!
P/S Dato Dr Fadhilah Kamsah pun pernah berceramah di tv3 suatu waktu dahulu, urutan pada bahagian bahu dan kawasan tulang 'scapula' oleh pasangan hidup kita boleh meredakan dan melegakan stress, insya Allah.
Selasa, 4 September 2007
Nostalgia Kentut
Isnin, 3 September 2007
Berhati-hati Memilih Tempat Untuk 'Melepas'
Teknologi akhir zaman sekarang semakin canggih. Sudah ada teropong infra red seperti mana yang digunakan oleh tentera Amerika di Perang Teluk di mana askar Amerika mudah nampak musuh mereka walaupun di dalam kepekatan kegelapan malam.
Tidak ketinggalan juga kamera infra red.... Hehehehe.... Video klip yang dikirim oleh saudaraku ini menunjukkan seseorang sedang 'melepas' anginnya dan 'ditangkap' oleh kamera infra red di lapangan terbang! Orang perempuan kena hati-hati bila berjalan lepas ni... Jika tidak... senyum ajelah... 'You're on candid camera'lah jawabnya!
Bila Sejadah Yang Berzikir....
Klip video ini dihantar oleh kenalanku. Menurut emel tersebut, kejadian ini berlaku di sebuah negeri di Timur Tengah. Orang terdengar suara orang mengaji di masjid tetapi bila dijengok, tiada sesiapa melainkan tikar sejadah yang sedang dalam posisi dalam klip video ini sedang mengalunkan al Quran! Masya Allah!
Ahad, 2 September 2007
Perumpamaan Orang Yang Mengumpat
Rasulullah saw mengumpamakan orang yang mengumpat bagaikan memakan daging saudara sendiri. Pengarah video ini bijak memaparkan tegahan mengumpat tersebut.
Video ini patut ditonton oleh orang yang mahu insaf.
Rabu, 29 Ogos 2007
Kreatifnya Pembuat Iklan
Iklan yang sempurna dan baik mampu mempengaruhi ramai orang untuk membeli sesuatu produk. Apatah lagi iklan yang berupaya menyentuh jiwa dan menjadi sebutan ramai.
Di kaca televisyen, iklan-iklan PETRONAS biasanya amat menyentuh hati. Begitulah kuasa iklan... berupaya mempengaruhi dan di waktu yang sama mendidik manusia sejagat.
Akhirnya, Video Pertama Dalam Blogku...
Sudah lama sebenarnya aku ingin masukkan klip video dalam blogku tapi aku tiada kemahiran tersebut. Haaa... hari ini, Alhamdulillah cita-citaku tercapai.
Klip video ini dikirim oleh kenalanku. Nanti, insya Allah akan ku masukkan banyak lagi video klip yang menarik.
Gambar Satelit Kampus UiTM Terengganu

Di sebelah adalah gambar satelit UiTM Terengganu kampus Dungun yang telah dihantar oleh seorang rakan sekerjaku.
Saja aku masukkan gambar satelit kampusku ini dalam blogku.... hendak bagi rakan-rakan sekerjaku di kampus Jengka , Kuala Pilah, Merbok dan Shah Alam 'meleleh air liur' menyaksikan keindahan kampusku... hehehehe.....
Aku terbaca dalam akhbar, warna mata Aishwarya Rai yang jelitawan itu ialah hijau.... hehehehe... lepas ini, banyaklah mata rakan-rakan lamaku yang akan jadi 'green with envy'... heh heh heh heheeheehhee....
Kampus Dungun juga dikenali sebagai 'resort university'.... Kampus ini bersempadankan laut, tasik, bukit (Bukit Bauk yang terkenal dengan keindahan flora dan faunanya) dan padang golf.
Pemandangan sepanjang Teluk Gadung sampai ke Pantai Telok Lipat tersangat indah.... Sekali sekala pesisiran pantai ini dimeriahkan oleh pertandingan memancing "Jom Mengail".
Untuk seseorang yang berjiwa sentimental sepertiku, tiap kunjunganku ke pantai membuat aku terdengar-dengar dalam desiran lembut bayu, suara Uji Rashid mengalunkan lagu...."Ulik..... Mayangku ulik...... ulik dengan.... jala jemala....."
Moh la ke Terengganu.... negeri yang memang mempersonakan. Sememangnya bagai diwar-warkan, Terengganu ini negeri yang cantik, budayanya menarik.
Selasa, 28 Ogos 2007
Al Quran Dihasilkan Dari Sulaman Benang

Selalunya kita baca atau dengar tentang al Quran yang ditulis di atas tulang, kulit binatang atau kertas....
Menurut satu emel yang dikirim oleh pelajar saya; di Lahore, Pakistan, seorang lelaki yang bernama Attar Mohamed yang merupakan seorang lelaki biasa macam kita semua telah menghasilkan al Quran yang dihasilkan dengan sulaman benang.
Beliau mula menyulam Al Quran itu mulai 1966 untuk mendapat ketenangan jiwa dan telah mengambil masa selama 10 tahun untuk menyudahkan sulamannya itu. Beliau meninggal 3 hari selepas menyelesaikan kerja sulamannya.
Hasil kerja Attar ini ada 30 bahagian dan kini disimpan di dalam laci gelas di dewan pameran dalam Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan.
(Gambar oleh BERNAMA)
Wajah Al Quran Asli

Ahad, 26 Ogos 2007
Agen Oren
Mati Syaheed (Kecil)

Orang yang syaheed sebegini sebenarnya tidak mati. Mereka 'hidup' dan diberi rezeki oleh Allah. Roh mereka dimasukkan di dalam burung dan mereka berterbangan di dalam syurga menunggu hari pembalasan.
Sering kali kita terbaca tentang orang-orang yang dianugerahkan Allah SWT kenikmatan mati syaheed ini dalam pertempuran menentang kuffar di Afghanistan, Chechnya, Palestin dan sebagainya, walaupun mereka sudah mati beberapa hari tetapi keadaan mereka bagaikan 'hidup', di mana darah mereka masih kelihatan mengalir walaupun mereka sudah mati beberapa hari.
Kalau tidak dapat mati sebegitu, menurut ustaz tersebut, daripada mati katak sahaja, kejarlah pula untuk mati syaheed kecil. Banyak keadaan yang memungkinkan di mana kita boleh dapat 'title' mati syaheed kecil. Antara yang saya ingat sangat ialah dengan berpagi-pagi dan berpetang-petang dengan membaca ta'awuz 3x dan selepas itu membaca "Lau anzalna hazal Qur 'ana 'ala jabalillara aitahu....." (Surah Al Hasyr 59 : 21 - 24). Hmm.... semudah itu.
Yang kedua yang paling saya ingat ialah tentang orang yang sedang menuntut ilmu atau sedang mengajarkan ilmu dikira mati syaheed kecil jika ia meninggal sewaktu dalam proses tersebut. Oleh kerana ia melibatkan profesyen saya, tentulah fakta ini amat 'berbekas' di hati saya. Bayangkanlah, seorang pelajar atau seorang guru, kalau ia meninggal di dalam kelas, di asrama, ketika sedang menyuapkan makanan sewaktu rehat, sedang dalam perjalanan ke kuliah, sedang mengajar, sedang belajar, sedang menyediakan nota mengajar, hatta sedang tidur sekalipun... hmmm... ianya dikira mati syaheed kecil!!!
Sebenarnya, ini adalah suatu bahan motivasi penggerak dalaman yang begitu besar kiriman dari Allah untuk kita semua yang sedang berkhidmat di dalam bidang pengajaran dan sedang bertungkus lumus membentuk serta 'mengarang' manusia. Padanlah Assyaheed Hassan al Banna sewaktu ditanya kenapa tidak menulis buku, beliau menjawab : "Saya mengarang manusia!!!"; besar pahalanya orang yang mendidik manusia sehingga betul-betul menjadi manusia yang dikehendakki Allah SWT. Lagi pun, selepas mati, inilah sahaja harapan kita yang masih ada... iaitu ilmu yang diajarkan; untuk mencambahkan dan menambahkan pahala yang berpanjangan sewaktu kita di alam barzah.
Merubah Ciptaan Allah

Usah Dibiarkan Ibubapa Bersendirian

Isnin, 20 Ogos 2007
Doa Angin Ahmar
"Kuduk Mama Gatai?"
Rabu, 15 Ogos 2007
Tsa'labah - Merpati Masjid
Ahad, 12 Ogos 2007
Dalam Kesenangan Ada Kesusahan
Selasa, 7 Ogos 2007
Asmaa'ul A'zam
Fadhilat Berselawat Ke Atas Nabi SAW
Isnin, 6 Ogos 2007
Khasiat Franch Oil
Ramainya Manjalara!!!
Sekali tengok, mungkin pembaca blog ini terfikir, mereka yang di dalam gambar ini calon-calon audition yang telah gagal untuk membintangi drama bersiri "Manjalara" sebab terlampau kurus cekeding sangatkah?
Hehehehe...Gambar yang dikirim oleh Puan Mimi Zazira ini sebenarnya menunjukkan siswi UiTM Terengganu yang telah menyertai program 'Cabaran U' yang telah dianjurkan di sini baru-baru ini.
Sabtu, 4 Ogos 2007
Zulqarnain Mendahului Datin Paduka Sharifah Mazlina
Selasa, 31 Julai 2007
Tabik 'Spring' Buat Seorang Presiden




Isnin, 30 Julai 2007
Kekasih Awal Dan Akhir... Khadijah


Saidatina Khadijah Bt Khuwailid ialah isteri Rasulullah saw yang pertama. Beza umur mereka amat jauh.... Rasulullah saw 25 tahun, manakala Khadijah ra 40 tahun.
Rasulullah saw sentiasa terkenangkan Khadijah dan memuliakan sahabat-sahabat Khadijah walaupun Khadijah telah tiada. Selain daripada Mariatul Kibtiah (yang melahirkan Ibrahim), Khadijah satu-satunya isteri Rasulullah saw yang dikurniakan anak; iaitu Qassim, 'Abdullah, Fatimah, Zainab, Ruqayyah dan Umi Kalsum (sebab itulah 'kunyah' Rasulullah ialah 'Abal Qassim').
Orang kata, kalau rindu, tak dapat tengok orangnya, dapat tengok bumbung rumahnya pun jadilah. Oleh kerana kita tidak dapat hidup sezaman dengan Khadijah, dapat tengok kawasan perkuburannya pun jadilah!
Sabtu, 28 Julai 2007
Kemunculan Dajjal
Khamis, 26 Julai 2007
Mimpi Zubaidah
Selasa, 24 Julai 2007
Saya Sudah Bercucu... Alhamdulillah

Suurah Al Ikhlas

Quran Diangkat Ke Langit
