Rabu, 5 September 2007

Cakar Harimau... Urutan Labah-labah

Aku teringat kepada ceramah ustazah Nor Bahiyah Mahmood suatu waktu dahulu yang heboh diperkatakan orang ramai bila melihat klip video ini.

Ustazah itu bercakap tentang teknik cakar harimau dan urutan labah-labah untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Kalau isteri memicit atau mengurut suami tanpa disuruh.... beliau akan dapat sekian sekian tola emas di akhirat nanti.... Kalau isteri picit atau urut selepas disuruh suami.... 'jatuh'lah sedikit tarafnya iaitu sekian sekian tola perak ganjarannya....

Heh heh heh heheheehe... Cuba lihat klip video ini. Binatang pun suka diurut-urut dan diusap-usap. Inikan pula manusia. Kalau para suami hendak tahu, cuba suatu hari balik kerja, tanpa disuruh dan tanpa diminta, cuba 'kejutkan' isteri yang telah seharian keletihan bekerja di pejabat, balik rumah berhempas pulas membasuh pinggan, membasuh baju, mengemas rumah, menyediakan makan minum..... dengan teknik cakar harimau dan urutan labah-labah yang dilakukan dengan penuh kasih sayang dan seikhlas mungkin!

Orang perempuan ini fitrahnya, kalau si suami layannya dengan baik lagi mesra....insya Allah dia akan balas 10 kali layanan lebih baik lagi kepada suaminya!! Tak percaya... cubalah!

P/S Dato Dr Fadhilah Kamsah pun pernah berceramah di tv3 suatu waktu dahulu, urutan pada bahagian bahu dan kawasan tulang 'scapula' oleh pasangan hidup kita boleh meredakan dan melegakan stress, insya Allah.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

org pompuan ni maaf cakap ler...mula2 kawin memang ok, tapi bila dah lepas dapat anak, tambahan plak yang bekerja, layanan kepada suami makin berkurangan....tak kiralah betapa baik pun suami layan diorang, tetap layanan balas tu kureng malah jauh dari memuaskan...

titipanmaya berkata...

orang pompuan ni memang suka dilayan. tapi tak suka melayan. bukan semua. terutama sebelum kawen. dia punya layan. tapi bila dah kawen dan dapat anak, dia lebih layan anak. masak untuk anak. suami kata masak la sambal belacan. dia cakap tak payah la anak tak boleh makan. pedas.

Tanpa Nama berkata...

sy bersetuju dgn saudara badrulhisyam dan titipanmaya..namun ada sedikit pembetulan ingin sy kongsikan di sini. tidak semua isteri begitu.namun utk mencari isteri yg memenuhi citarasa pada zaman sekarang nie amatlah sukar.hanya Allah jua tempat untuk kita memohon agar dikurniakan yg terbaik buat kita.Setiap yg FIKURNIAKAN itulah YANG TERBAIK untuk kita.pasti ada hikmahnya.bersabarlah..