Baru-baru ini saya berkesempatan membaca buku berjodol "Fadilah & Tafsir Surah Al Kahfi" yang diterjemah dan disusun semula oleh H. M. Yusuf. S, ISBN 983-42594-2-5, diterbitkan oleh Kumpulan KTH Sdn Bhd.
Alhamdulillah banyak benda baru yang saya perolehi daripada membaca buku ini, antara lainnya ialah maksud ayat 90 suurah Al Kahfi iaitu:
"Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah timur) dia mendapat matahari itu menyinari segolongan ummat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu"
Menurut penulis buku ini, ayat ini menerangkan bahawa di dalam daerah yang dilalui oleh Zulqarnain ini, tidak ditemui malam hari mahupun kegelapan! Yang demikian ini merupakan mukjizat Allah SWT yang menunjukkan bahawa Zulqarnain telah memijakkan kakinya pada kutub yang di dalamnya matahari tidak terbenam selama 6 bulan, selama masa ini tidak didapati kegelapan di daerah ini.
Bayangkanlah... Sewaktu ayat ini diturunkan, Allah memberitahu kita ada beberapa daerah di bumi yang kegelapan tidak memainkan peranannya dalam jangka masa yang lama, pada hal di daerah lain matahari terbit dan tenggelam setiap hari, namun ada di beberapa tempat yang mana di dalamnya matahari tidak pernah terbit dan tenggelam pada setiap hari. Allah telah mengungkapkan IlmuNya ini sudah tersangat lama tapi sehari dua ini baru saya faham!!!
Jadi, kesimpulannya, Datin Paduka Sharifah Mazlina bukanlah Muslim yang pertama sampai ke Kutub.... Wallhua'lam bissawab.
3 ulasan:
sesungguhnya Ilmu Allah itu ter singkap sebelum terciptanya alam ini..
membaca blog tuan membuat saya banyak berfikir...
semoga Allah yang membalas
Dato' Sharifah Mazlina :
Ada tiga perkara yang saya ingin sebut di ruang ini tentang expidisi Kutup Utara oleh Dato'.
1. Dato' telah mengguna kedudukan yang Dato' ada untuk menipu rakyat Malaysia tentang expidisi ini. Dengan kedudukan Dato' dan hubungan dengan orang-orang berpengaruh di politik Malaysia Dato' telah mengutip banyak wang untuk kepentingan pribadi. Tindakan Dato' telah merosakkan reputasi expedisi lain oleh orang yang benar-benar patriotik untuk melakukannya demi negara. Akibatnya ramai orang telah memandang serong terhadap ekspedisi lain. Masyarakat telah menganggap ekspidisi lain mempunyai muslihat mencari duit sebanyak mungkin di samping kemashhuran yang palsu.
2. Dato' sebenarnya juga seorang penipu yang telah dengan licik menipu rakyat Malaysia tentang ekspidisi ini. Dato' berpura-pura
seperti Dato' telah berjaya sebaliknya tiada satupun scene yang Dato boleh tunjukkan untuk membuktikan bahawa Dato' telah berjaya menjejaki kutup utara. scene dalam video hanya menunjukkan perkara remeh temeh termasuk pakaian yang dipakai dan sedikit scene tentang kesusahan mengheret bag dan tidur dalam kemah... . Dato' sebenarnya telah menghabiskan wang rakyat untuk bercuti di Canada dan lain-lain tempat untuk ekspidisi ini. Bila sampai kononnya di kutub utara Dato' menjerit seperti DOREIMON ' eeh saya sudah sampai... " begitukah gelagat seorang yang telah berjuang untuk melakukan sesuatu yang luar biasa, malah itu semua hanya sandiwara Dato' untuk mengabui mata rakyat Malaysia yang bodoh yang boleh percaya dengan perkara yang bodoh seperti itu.
3. Dato Mazlina adalah seorang tenaga akademik yang paling bahlul di Malaysia apabila dalam misi menawan kutub utara Dato' menyatakan bahawa Dato' akan menanam al-Quran di kutub utara. Mana Dato' belajar perkara pelek ini. apa yang ada dalam kepala hotak dato sehingga boleh timbul perkara ini ? Bertaubatlah daripada perbuatan ini dan mohonlah ampun dari Allah. Juga disarankan juga agar Dato' memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang Dato' bohong tentang ekspidisi menawan kutub utara ini bahawa ini hanya satu drama bersama team yang telah merancang untuk mengutip tajaan Kami mencabar Dato' supaya menunjukkan sepenuhnssi ekspidisi yang mencabar dan supaya sesi sesi ekspidisi yang dilalui dan bukannya tunjuk bag pakaian. Kalau Dato' tak boleh buat perkara ini jangan mendakwa kejayaan ini satu pencapaian sebaliknya ingatlah rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh.
Asalamualaikum,
saya amat bersetuju dgn pendapat yang Cik/Puan Syarifah Mazlina adalah seorang yang gila glamer..dan menggunakan satu tektik promosi murahan...
ada ke sanggup menanam al-quran..al-quran tu tempat nya harus diletakan ditempat tinggi...jika letak dibawah..kalau ada para expedisi lain yang sampai ke kutub utara tidak kah kemungkinan al-quran itu dipijak ada lah tidah mustahil...betul lah orang yang bertemankan jin tidah menghormati allah swt..
betul saya sokong...cabaran dari saudari taherah supaya cik/puan syarifah mazlina tunjukkan bukit kejayaan yang lebih realistik...macam yang dilakukan oleh para expedisi yang hampir maut di dalam mission mereka menawan kutub utara...walaupun meraka tu datang dari negara sejuk....
jangan lah terus bermimpi ...dan membohongi orang lain....
kesian saya pada manusia seperti Cik/Puan Syarifah Mazlina nie....angan-angan tinggi..
gaya mengalahkan artis., macho macam lelaki....tapi penuh kepalsuan..
yang ikhlas
hamba allah swt..
Catat Ulasan