Selasa, 31 Julai 2007

Tabik 'Spring' Buat Seorang Presiden








Di akhir zaman ini susah benar hendak dicari seorang tokoh masyarakat yang setara dengan Omar Al Khattab ra, Omar Abdul Aziz, Zulkarnain apa tah lagi seorang lagi Sallehudin al Ayubi... Saya amat berbangga dengan saudara kita di Republik Islam Iran iaitu Presiden Iran sendiri, Mahmud Ahmadinejad, seorang tokoh yang dikurniakan Allah untuk merasa 'izzah' (mulia)dengan Islam.

Saya tidak kenal beliau secara peribadi, apa tah lagi berjumpa dengannya...tetapi beliau telah mempamerkan 'keberanian' yang luarbiasa dalam menghadapi pengaruh Dajjal. Dengan Ahmadinejad, Amerika bagaikan telah bertemu buku dengan ruas! Corak kehidupannya amat sederhana serta beliau amat sangat merendah diri. Gambar-gambar yang dikirim oleh seorang kenalan saya ini menceritakan segalanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaykum...benar tentang apa yang berlaku terhadap presiden iran itu. Sungguhpun dia seorang yang bermazhab syiah,namun nampaknya dia bersungguh-sungguh dalam menegakkan prinsip dan hukum. tahniah buat Tuan Ahmadinejad. Semoga Allah terus memberi hidayah kepadamu..ameen