Khamis, 28 Februari 2008

Mung Undi Sapo?

Suatu hari aku telah ditanya soalan cepu mas ini:
"Taaherah... Mung undi sapo?" Aku tersenyum simpul.
"Weh! Undi aku rahsio.....", jawabku. Berdiplomasilah konon heh heh heh... Aku kan pegawai kerajaan, tidak boleh nampak condong kepada mana-mana parti.
"Nok tahu jugak?" Tanyaku lagi bila nampak Sipenanya tidak berpuas hati. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Haaa... aku ngundi Barrack Hussein Obama!!! Aku kan lahir dekat U.S.A.... Ulu Selama Area!" Hehehehehe... Kan dah kena!

1 ulasan:

zidnee 'ilmaa berkata...

Barrack Hussein Obama buat masa ni terpaksa menangkis penangan dari berbagai sudut: McCain(Republican), Mrs Clinton dan juga tidak ketinggalan Mr Clinton. Yang paling sedih, tiap2 kali terpaksa jelaskan dia bukan seorang Islam.
Ainal Fadzellah
San jose